SEBUAH konsortium tiga syarikat meliputi WSP Engineering Malaysia Sdn Bhd, Mott MacDonald Malaysia Sdn Bhd dan Ernst & Young Advisory Services Sdn Bhd telah memenangi kontrak rakan pembangunan bersama (JDP) bagi projek Rel Kelajuan Tinggi Kuala Lumpur (KL)-Singapura (HSR).
Mereka memenangi kontrak itu daripada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan MyHSR Corporation Sdn Bhd dari Malaysia.