Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Konsul Jeneral Singapura di Maghribi dilantik

Dec 01, 2019 | 06:46 PM



PEMERINTAH Singapura telah melantik Encik Mohamed Horani sebagai Konsul Jeneral Kehormat Singapura di Casablanca, Maghribi, dengan bidang kuasa yang merangkumi seluruh Maghribi. 



Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini. 



Encik Horani, 65 tahun, merupakan pengasas, pengerusi serta ketua pegawai eksekutif Hightech Payment Systems (HPS) dan merupakan ahli Lembaga Majlis Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar Maghribi. 



Konsul Jeneral Kehormat akan menyokong kerja-kerja Duta Bukan Pemastautin Singapura ke Maghribi, Encik George Goh. 



Di samping melaksanakan tugas perwakilan serta memperluaskan bantuan konsular kepada rakyat Singapura, Encik Horani juga akan membantu dalam penglibatan ekonomi antara kededua negara. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >