Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Konsultan runcit Singtel dipenjara lebih 4 bulan kerana jual maklumat pelanggan

Jan 26, 2021 | 05:44 PM



SEORANG perunding cara runcit yang menjual butiran maklumat pelanggan Singtel dan menggunakan wang yang diperolehi bagi membayar hutang minumannya telah dijatuhkan hukuman penjara 18 minggu.



Kelvin Foo Cheek Ann, 32 tahun, mengaku bersalah bagi satu dakwaan mengambil rasuah dan lima lagi dakwaan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Keselamatan Siber (CMCA). Lagi 10 dakwaan serupa pula sedang dipertimbangkan bagi hukuman yang dijatuhkan pada Selasa (26 Januari).



Menurut laporan akhbar The Straits Times, Foo telah menjual maklumat pelanggan itu dengan harga $180 kepada Lee Cheng Yan, 37 tahun, seorang pemandu kereta Maserati yang kemudian dipenjara dalam satu lagi kes kerana kesalahan mencederakan pegawai polis.



Foo dikatakan bekerja sebagai perunding cara runcit di kedai Singtel di Parkway Parade yang menjual pelan telefon bimbit dan jalur lebar kepada pelanggan.



Beliau digajikan Telecom Equipment yang merupakan subsidiari yang sepenuhnya dimiliki Singtel.



Pada 2015, Lee, yang merupakan kenalan Foo, memintanya bantuan mendapatkan maklumat pelanggan daripada sistem Singtel. Lee menawarkan Foo $20 bagi setiap nombor yang diperolehi.



Dalam 15  peristiwa hingga Julai 2017, Foo menggunakan haknya mengakses sistem yang ada bagi memberi butiran maklumat pelanggan Singtel kepada Lee.



Lima pelanggan malah melaporkan diri mereka diganggu dengan panggilan telefon, pesanan teks serta orang yang datang ke rumah meminta wang mereka dipulangkan.



Lee membayar Foo sejumlah $180. Sedang Foo berhutang dengan Lee selepas minum arak bersama, mereka memotong sahaja jumlah yang sepatutnya dibayar daripada hutang berkenaan.



Lee dipenjara empat tahun tujuh bulan tahun lalu dan tidak dibenarkan memandu sepanjang hayat selepas mengheret pegawai polis trafik dengan kereta Maseratinya sejauh 100 meter sepanjang Bedok Reservoir Road pada 2017.



Sebelum dakwaannya itu, dia mendakwa kereta itu dipandu seorang lelaki lain yang dipanggil dengan nama Kelvin.



Lee kini berdepan dengan 59 lagi tuduhan termasuk 25 di bawah CMCA.



Bagi setiap dakwaan di bawah CMCA, Foo boleh dipenjara hingga dua tahun atau didenda hingga $5,000 atau kedua-duanya sekali.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >