KONTAK terdekat pesakit Covid-19 yang dikesan di kapal persiaran Quantum of The Seas akan menjalani kuarantin atau pengawasan kesihatan, manakala penumpang lain akan diizin meninggalkan kapal itu.
Menurut satu surat pekeliling Kementerian Kesihatan (MOH) yang diberi kepada penumpang kapal persiaran syarikat Royal Caribbean itu semalam, dan dilihat oleh Berita Harian, penumpang lain dikehendaki memantau kesihatan mereka sepanjang 14 hari dari tarikh mereka meninggalkan kapal itu dan menjalani ujian swab pada hujung tempoh pengawasan tersebut.