Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Kontrak $526j diberi bagi bina 4 stesen MRT di Laluan Jurong

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kontrak $526j diberi bagi bina 4 stesen MRT di Laluan Jurong

Dua stesen akan lalui kawasan perindustrian sekitar Jurong Pier Road; lagi dua dibina di kampus NTU
Apr 07, 2021 | 05:30 AM

EMPAT lagi stesen MRT di Laluan Daerah Jurong (JRL) yang bertujuan berkhidmat bagi penumpang dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan taman perusahaan Jurong Town Corporation dijangka mula dibina tahun ini.

Semalam, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memberikan dua kontrak sivil masing-masing bernilai $263 juta untuk membina empat stesen ini dan beberapa jejambat yang menghubungkan projek tersebut.

Stesen-stesen tersebut adalah sebahagian daripada fasa ketiga pembinaan JRL, yang dijangka siap sepenuhnya pada 2029.

Dua daripada stesen itu, yang dinamakan Jurong Hill dan Jurong Pier pada masa ini, akan melalui kawasan perindustrian di sekitar Jurong Pier Road.

Dua lagi stesen lagi - Nanyang Gateway dan Nanyang Crescent - akan dibina di kampus NTU.

Setelah siap nanti, stesen-stesen baru itu dijangka menjimatkan sehingga 30 minit masa perjalanan.

Sebagai contoh, mahasiswa NTU dari Choa Chu Kang yang ingin ke Perpustakaan Lee Wee Nam di kampus perlu menaiki dua kereta api di Laluan Utara-Selatan (NSL) dan Laluan Timur-Barat (EWL) sebelum menaiki bas.

Perjalanan itu mengambil masa sekitar sejam. Namun, dengan menggunakan JRL, perjalanan itu dijangka mengambil masa hanya 35 minit.

Kontrak pertama, yang meliputi pembinaan stesen Jurong Hill dan Jurong Pier, serta jejambat sepanjang 1.1 kilometer di Jurong Pier Road yang menghubungkan kededua stesen itu, diberikan kepada usaha sama firma tempatan SCB Building Constructions dengan China Civil Engineering Construction Corporation (Singapore Branch, CCECC).

LTA berkata SCB sebelum ini pernah terlibat dalam kerja menaik taraf Depoh Tuas.

Ia juga telah melakukan kerja tambahan dan perubahan bagi bangunan kemudahan laluan Thomson-East Coast dan merupakan kontraktor kecil untuk pembinaan stesen Tuas Crescent dan jejambat di laluan Lanjutan Tuas West.

Kontrak kedua pula meliputi pembinaan stesen Nanyang Gateway dan Nanyang Crescent serta jejambat sepanjang 1.4 kilometer antara kedua-dua stesen itu.

Ia diberikan kepada Hwa Seng Builder, firma binaan tempatan yang sebelum ini terlibat dalam projek jalan raya dan lebuh raya, termasuk peluasan Woodlands Road, Choa Chu Kang Link, Stagmont Ring dan Bukit Batok East Avenue 3 serta kerja pembaikan bagi jalan susur Ekspreswe Pan Island (PIE) antara Clementi North Flyover dan Toh Tuck Flyover.

Pembinaan JRL ditangguhkan sekitar setahun akibat pandemik Covid-19 dan ia kini dijangka dibuka secara berperingkat dari 2027 hingga 2029.

Projek tersebut pertama kali diumumkan menerusi Pelan Induk Pengangkutan Darat pada 2013.

Merangkumi laluan sepanjang 24 kilometer, JRL akan menjadi laluan MRT ketujuh Singapura dan yang pertama dibina di darat sepenuhnya, tanpa stesen yang terletak di bawah tanah.

Apabila siap nanti, ia akan mempunyai 24 stesen dan tiga pusat pertukaran - di Choa Chu Kang, Boon Lay dan Jurong East.

Laporan lanjut: JRL jimat 30 minit masa perjalanan

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3