Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kontrak $740 juta diberi bina lima stesen Laluan Daerah Jurong

Sep 10, 2019 | 01:56 PM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) telah menganugerahkan dua kontrak bernilai $739.5 juta untuk membina lima stesen MRT di Laluan Daerah Jurong (JRL).



Lima stesen itu adalah Choa Chu Kang, Choa Chu Kang West, Tengah, Hong Kah dan Corporation, kata LTA pada Selasa (10 September).



Kerja pembinaan dijangka bermula tahun depan dan dijadual siap pada 2026.



Stesen-stesen itu adalah sebahagian daripada JRL, iaitu laluan MRT ketujuh Singapura, yang dijadual dibuka dalam tiga peringkat bermula 2026. 



Terdiri daripada 24 stesen, laluan itu, yang diumumkan tahun lepas untuk meningkatkan kesalinghubungan di kawasan Jurong, dengan tujuan untuk menyemarakkan lagi transformasi kawasan itu menjadi Pusat Kawasan Bandar (CBD) yang kedua.



LTA berkata kontrak untuk merancang reka bentuk, dan kemudian membina tiga stesen – Choa Chu Kang, Choa Chu Kang West dan Tengah – serta jambatan sepanjang 4.3km yang menghubungkan ketiga-tiga stesen ini, telah dianugerahkan kepada Shanghai Tunnel Engineering pada nilai $465.2 juta.



Kerja itu termasuk mengintegrasikan stesen Choa Chu Kang yang sedia ada di Laluan Utara-Selatan (NSL) dengan JRL.



Kedua stesen lain, Hong Kah dan Corporation, serta jambatan sepanjang 3.4 km antara mereka, akan dibina bersama oleh syarikat pembinaan tempatan Eng Lee Engineering dan Wai Fong Construction dengan nilai kontrak sebanyak $274.3 juta.



Dalam satu kenyataan, LTA berkata syarikat-syarikat itu mempunya rekod membina projek kereta api – misalnya Shanghai Tunnel terlibat dalam pembinaan Laluan Circle Line (CCL), Laluan Downtown (DTL), Lanjutan Tuas West (Tuas West Extension) dan stesen-stesen di Laluan Thomson-East Coast (TEL) yang akan datang; Wai Fong Construction juga terlibat dalam pembinaan stesen dan terowong Tanjong Rhu di TEL.



JRL dijangka boleh menampung lebih 500,000 penumpang sehari, dalam jangka masa panjang apabila projek-projek yang dirancangkan siap sepenuhnya, jika ia digunakan pada kapasiti sederhana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >