Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kontrak pinjaman 'tak berhati perut', mahkamah tolak mohonan mufliskan peminjam

Nov 16, 2016 | 08:59 AM



MAHKAMAH Tinggi membatalkan permohonan seorang pemberi pinjaman wang untuk memufliskan seorang peminjam yang meminjam $350,000 pada kadar faedah tahunan 240 peratus.



Keputusan mahkamah itu boleh meninggalkan kesan dalam industri pinjaman wang.



Encik Ang Boon Kim, pemilik tunggal ABK Leasing, memohon untuk memufliskan Encik Goh Meng Leong, seorang pengarah syarikat yang pada 2014 mendapatkan dua pinjaman tanpa cagaran berjumlah $350,000.



Walaupun setelah membayar kembali $700,000 - dua kali jumlah pokok - secara ansuran antara Disember 2014 dan September tahun lepas, Encik Goh masih berhutang hampir $900,000.



Ini bermakna pinjaman pokok $350,000 itu telah berkembang menjadi $1.6 juta, termasuk faedah dan yuran bayaran lewat sekitar $1.25 juta.



Encik Goh bersetuju membayar faedah 240 peratus setahun, atau 20 peratus sebulan, serta faedah pada kadar sama bagi bayaran lewat dan yuran bayaran lewat $10,000 bagi setiap waktu pembayaran yang tidak dibayar.



Menjadi isu di mahkamah ialah apakah pemberi pinjaman boleh menganggap bayaran balik yang dibuat Encik Goh ialah bagi jumlah faedah dan bukan bagi jumlah pokok pinjaman.



Jika boleh, ia bermakna jumlah pokok akan terus menanggung faedah 240 peratus.



Mahkamah juga boleh campur tangan jika faedah yang dikenakan berlebihan dan perjanjian itu sebahagian besarnya tidak adil.



Penolong Pendaftar Jacqueline Lee mengetepikan permohonan kebankrapan itu dalam sesi tertutup dan mengarahkan Encik Ang membayar kos $1,500 kepada Encik Goh.



Difahamkan Cik Lee mengganggap, antara lain, bayaran balik yang dibuat Encik Goh hendaklah terlebih dahulu digunakan untuk mengurangkan jumlah pokok, dan bukan hanya untuk membayar faedah yang ditetapkan.



Dua pihak itu menandatangani kontrak sebelum pindaan pada Akta Pemberi Pinjaman Wang berkuat kuasa pada 1 Oktober tahun lalu. Pindaan itu mengehadkan kadar faedah maksimum yang boleh dikenakan pemberi pinjaman kepada 4 peratus sebulan, tanpa mengira pendapatan peminjam.



Pinjaman Encik Ong adalah atas syarat "terbuka setiap bulan", yang bermakna peminjam boleh meneruskan pinjaman itu dengan membayar hanya faedahnya.



Tetapi peguam Encik Goh, Encik Sarbrinder Singh daripada Sanders Law, berkata anak guamnya telah membayar kira-kira $700,000 bagi jumlah pokok $350,000 dan faedah.



Beliau berkata ABK salah dalam mendakwa bayaran balik itu digunakan hanya untuk jumlah faedah. Beliau berhujah bukan Encik Ang yang seharusnya memutuskan secara sepihak perkara itu.



Encik Singh juga menggesa mahkamah mengetepikan perjanjian itu memandangkan kadar faedah 240 peratus "terlalu tinggi" dan kontrak itu "tidak berhati perut".



Encik Goh, 36 tahun, yang ulang-alik antara Singapura dan London bagi perniagaan kitar semula elektroniknya, berkata beliau lega selepas terpaksa menjual flat HDB beliau untuk membayar hutang itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >