Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kontraktor bubar, lama menanti... akhirnya kunci flat dalam tangan

Feb 28, 2022 | 05:30 AM



SETELAH enam tahun menunggu flat Bina Mengikut Tempahan (BTO) mereka di Senja Heights, akhirnya Cik Nurul Hazirah Mohamed Kassim, 28 tahun, dan suami Encik Md Khairuddin Darjo, 29 tahun (gambar atas), lega kerana akhirnya dapat mengambil kunci flat.



Ini setelah flat mereka antara yang terjejas pembinaannya disebabkan pembubaran kontraktor utama bagi lima projek BTO di Senja Ridges dan Senja Heights, Greatearth Corporation dan Greatearth Construction, yang menghadapi masalah kewangan dan menghentikan pembinaan pada Ogos 2021.



Seramai 782 pemilik flat BTO telah mula mengambil kunci rumah baru mereka sejak akhir Januari, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam satu kenyataan semalam.



"Kami berasa amat gembira dan ghairah, hingga ambil cuti untuk ambil kunci rumah di HDB," cerita Cik Hazirah, seorang pakar logistik kepada Berita Harian (BH).



Ini merupakan kali kedua pasangan itu memohon untuk BTO yang dilakukan pada 2016. Sebelum itu mereka telah memohon untuk kawasan Punggol namun tidak berjaya.



Ibu dua anak itu berkata bahawa keluarganya telah menumpang di rumah ibu bapanya di kawasan barat sementara menantikan kunci flatnya itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >