Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Konvensyen DPPMS kembali dianjurkan bulan depan, diserikan dengan kehadiran DPM Lawrence Wong

Sep 14, 2022 | 03:18 PM



SELEPAS menghadapi dua tahun yang mencabar, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) akan kembali menganjurkan Konvensyen DPPMS yang akan memperkasa peniaga dengan pengetahuan dan peluang niaga yang dinamik selepas wabak Covid-19.



Diadakan selama tiga hari dari 19 hingga 21 Oktober, ia mempunyai tema “Bersama Menuju Hari Esok” atau “Together Towards Tomorrow”.



Kemuncak acara itu adalah Malam Anugerah DPPMS yang akan diadakan pada 21 Oktober dan diserikan dengan kehadiran tetamu terhormat iaitu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Presiden DPPMS, Encik Farid Khan berkata konvensyen ini diadakan pada masa yang tepat ketika perniagaan kini pulih dan juga melebihi tahap aktiviti pra-Covid-19.



“Oleh itu, konvensyen itu akan menjadi landasan pelancaran yang baik menjelang 2023 dan seterusnya.



“Saya tidak sabar untuk berhubung semula, secara peribadi dengan ahli masyarakat perniagaan dan kami berharap konvensyen itu akan meningkatkan rasa kebersamaan dalam masyarakat, sambil kami berharap untuk bergerak Bersama Menuju Hari Esok,” kata Encik Farid, dalam kenyataan DPPMS.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh DPPMS baru-baru ini, ia mengatakan konvensyen ini turut bertujuan untuk melihat masa depan yang dinamik dan menarik yang menanti bagi masyarakat perniagaan Singapura, sambil membuka lebih banyak peluang secara global.



Hari pertama konvensyen itu akan diterajui oleh DEWI@DPPMS, cabang wanita DPPMS, yang akan menganjurkan edisi kedua DEWIDigi.



Ia diadakan khas bagi pemilik perniagaan wanita untuk memberi mereka platform untuk mendalami pengetahuan mereka dalam teknologi, dan trend digital terkini dalam ekosistem syarikat kecil dan sederhana (SME).



“DEWIDigi akan memberi peserta akses kepada nama terkenal daripada gergasi teknologi seperti Amazon dan Meta, serta pemilik perniagaan daripada jenama tempatan seperti K’S Keria, Scanteak, The Paper Bunny dan Spajelita,’’ ujar kenyataan itu.



Ia akan diserikan dengan kehadiran tetamu terhormat iaitu Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling dan Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.



Hari kedua, Illuminate pula dianjurkan oleh Aspire@DPPMS, cabang belia yang dibentuk bagi menghubungkan usahawan-usahawan muda melalui jaringan niaga.



Illuminate akan menyaksikan beberapa panel yang menarik daripada pemilik perniagaan firma pemula (start-up) tempatan seperti Kumpulan Black Hole yang memilki beberapa jenama kafe tempatan dan Akademi Muzik Timbre.



Illuminate 2022 juga akan menyaksikan graduan Protégé Kita, program keusahawanan DPPMS, menampilkan idea perniagaan mereka yang dibangunkan kepada panel pelabur ternama untuk pameran program akhir mereka.



Ia akan diserikan dengan kehadiran Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng dan Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.



Malam Anugerah DPPMS akan melengkapkan Konvensyen Perniagaan tiga hari dengan malam perayaan, hiburan dan pengiktirafan.



Sebanyak lapan kategori anugerah untuk mengiktiraf perniagaan daripada masyarakat akan disampaikan untuk anggota yang telah menunjukkan daya tahan, penyesuaian serta kecemerlangan sejak dua tahun lalu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >