Konvensyen S'pura bukti negara dunia boleh capai kata sepakat: PM Lee
46 negara termasuk Amerika, China meterai perjanjian pengantaraan sokong kerjasama pelbagai hala
Aug 08, 2019 | 05:30 AM
KONVENSYEN Singapura - satu perjanjian antarabangsa baru untuk menghuraikan pertikaian dagang - ialah satu pernyataan yang menyokong kerjasama pelbagai hala, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semalam.
"Konvensyen Singapura mengenai Pengantaraan menunjukkan negara berupaya mencapai kata sepakat, dengan usaha, daya kreatif dan kepimpinan.