Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Korban di luar negara rancak

Aug 16, 2017 | 05:30 AM



JUMLAH masjid dan pertubuhan setempat yang diizin menjalankan ibadah korban mungkin terhad, tetapi pilihan bagi Muslim Singapura melaksanakan ibadah itu di luar negara kini kian melonjak tinggi.



Beberapa pihak berkepentingan dalam sektor ini menganggarkan jumlah pihak yang menyediakan khidmat korban di luar negara meningkat sekitar 50 peratus berbanding hampir sedekad lalu, dengan warga Singapura kian terbuka melaksanakan ibadah itu di luar Singapura.



Antara tarikan berbuat demikian ialah harga haiwan korban yang lebih rendah, selain peluang membantu masyarakat Muslim lebih luas, dengan beberapa pertubuhan menawarkan khidmat sehingga ke Timur Tengah dan Afrika, selain negara Indochina, Indonesia dan Malaysia yang lebih popular.



Melaksanakan ibadah korban di luar negara juga memberi peluang kepada warga Singapura yang tidak dapat melakukannya di sini, kata Cik Dinah Musa, pengurus Qurban Amal Ampro, yang berpengalaman lebih dua dekad mengendalikan korban di luar negeri.



Kesemua 3,700 kambing biribiri dari Australia yang ditawarkan di sini tahun ini habis ditempah kurang sebulan selepas tempahan dibuka. Seekor kambing berharga $485.



Secara perbandingan, seekor kambing di Malawi, di tenggara Afrika, yang ditawarkan Badan Agama dan Pelajaran Radin Mas (Bapa) berharga $127.



"Tahap kesedaran mengenai keperluan saudara Muslim di tempat lain, terutama di kawasan konflik, telah meningkat," ujar Cik Dinah apabila ditanya mengenai tarikan melakukan ibadah korban di luar negara.



"Orang kita juga kini lebih berada dan ada yang kurang berminat makan daging kambing. Namun mereka tetap ingin melaksanakan ibadah ini. Satu cara adalah melakukannya di luar negeri, bagi manfaat masyarakat yang lebih memerlukan," ujarnya.



Pengarah Darul Ajyal & Services, Ustaz Haji Ismail Ahmat El-Ajyali, yang berpengalaman 16 tahun melakukan ibadah korban di luar negara, berkata ini menunjukkan masyarakat Muslim di sini prihatin dengan kesejahteraan saudara mereka di negara lain.



Dalam pada itu, jurucakap Bapa, Ustaz Muhammad Fizar Zainal, berkata pilihan lebih meluas bagi Muslim Singapura adalah dialu-alukan, tetapi pihak awam perlu membuat kajian teliti apabila memilih pemberi khidmat untuk menentukan ibadah korban mereka akan dilaksanakan dengan baik.



Sependapat, pengasas Al-Qiblah Internatianal Ustaz Azmi Abdul Samad berkata: "Pihak yang diberi amanah melaksanakan ibadah korban di luar negara tidak seharusnya menjadi 'orang tengah' sahaja, tetapi perlu memastikan ibadah dilaksanakan sebaik-baiknya."



Laporan lain: Kongsi daging sembelih di Australia bersama 250 famili susah di sini




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >