Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Korban Mers di Korea cecah 16 orang

Jun 15, 2015 | 06:49 PM



SEOUL: Angka korban Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) mencecah 16 selepas wabak yang semakin menular itu menjangkiti 150 orang dan memaksa hospital terbesar di negara itu menggantung hampir semua operasinya.


Kematian terbaharu Mers melibatkan seorang lelaki berusia 62 tahun yang meninggal dunia tengah hari semalam di bandar pelabuhan Busan selepas dikesan menghidap wabak itu di Pusat Perubatan Samsung pada 7 Jun lepas.


Kementerian Kesihatan Korea Selatan turut mengesahkan tujuh kes baharu Mers, termasuk empat daripada hospital Samsung, dengan menjadikan jangkitan keseluruhan seramai 150 orang.


Dalam perkembangan berkaitan, seorang petugas paramedik yang membantu membawa seorang pesakit Mers ke hospital pada 7 Jun turut dijangkiti virus itu.


Seorang pesakit baru dijangkiti di bandar Daejeon, tengah Korea Selatan, dan seorang lagi di Hwaseong, sekitar 43 kilometer ke selatan Seoul. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >