Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Korban nahas PIE: Rancangan pulang ke Bangladesh dua bulan lagi tidak kesampaian

Apr 22, 2021 | 12:25 AM



TIADA yang menduga panggilan telefon antara Encik Zahirul Islam dan anak saudaranya, Encik Toffazal Hossain, mengenai sambutan Ramadan beberapa hari lalu, adalah yang terakhir.



Encik Toffazal, 33 tahun, terbunuh dalam kemalangan di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada pagi Selasa (20 April) dalam perjalanan ke Woodlands. Warga Bangladesh itu adalah antara 17 pekerja asing yang duduk di belakang lori yang merempuh trak yang berhenti di PIE.



"Saya beru sahaja berbual dengannya dua hari lalu untuk bertanya jika dia boleh berpuasa di dormitorinya," kata Encik Zahirul, 34 tahun, seorang penyelaras keselamatan, yang menetap di dormitori lain di Kranji, kepada akhbar The Straits Times.



Menurut Encik Zahirul, anak saudaranya itu resah gelisah ingin kembali ke Bangladesh setelah memikirkan kos pembedahan jantung ibunya. Sebabnya, beliau tidak cukup wang bagi melunaskannya.



"Sekitar enam bulan lalu, Toffazal hubungi saya untuk pinjam wang agar dia dapat pulang ke Bangladesh bagi melawat ibunya yang berusia 50-an tahun. Kalau dia sudah tinggalkan Singapura, mungkin dia tidak akan terbunuh dalam kemalangan itu," kata Encik Zahirul yang kali terakhir bertemu anak saudaranya lebih setahun lalu sebelum langkah pemutus rantaian jangkitan Covid-19 menghalang mereka daripada bertemu.



Dalam pada itu, sepupu Encik Toffazal, Encik Md Saiem yang dihubungi dari Bangladesh, menyifatkan Encik Toffazal sebagai insan yang bertanggungjawab memandangkan beliau satu-satunya penyara hidup keluarga yang memberi sokongan buat keluarga seberapa yang termampu.



Menurut Encik Md Saiem, Encik Toffazal telah bertugas di Singapura selama lebih 10 tahun.



Beliau yang dibesarkan di kampung Rakhalia meninggalkan ibu bapanya, anak lelaki berusia dua tahun dan balunya. Beliau juga mempunyai tiga kakak dan seorang adik lelaki berusia 27 tahun yang menjalani program bekerja sambil belajar di maktab perubatan.



Bapa Encik Toffazal, Encik Tofayel Ahmad, 60-an tahun, menangis mengenang panggilan telefon terakhir bersama anaknya pada 17 April.



"Toffazal kata, dia akan cuba pulang ke Bangladesh dalam masa dua bulan, sebelum Hari Raya Haji," ujar Encik Tofayel.



Encik Toffazal tidak kembali ke Bangladesh sejak berumah tangga pada 2018.



Kerana ibu mereka tidak sihat, adiknya Encik Abdul Aziz, 27 tahun, belum memberitahu berita kematiannya kepada ibu mereka.



"Saya sudah beritahu ibu saudara dan kakak saya agar tidak memberitahu ibu tentang perkara ini. Kami hanya beritahu ibu, Toffazal dilanda kemalangan dan kini di hospital dan memerlukan doanya," jelas Encik Abdul Aziz menerusi panggilan telefon.



Encik Tofayel pula baru sahaja pulih daripada Covid-19 sebulan lalu.



"Bapa kami masih lemah. Abang saya minta saya jaga bapa dan dia akan kirimkan wang setiap kali ada keperluan. Abang seperti sahabat saya. Saya tak tahu nak buat sekarang sebab dia tiada lagi," jelas Encik Abdul Aziz.



Jenazah Encik Toffazal dijadualkan diterbangkan ke Bangladesh pada Ahad (25 April).



Encik Zahirul yang membantu keluarga Allahyarham menyelaras usaha menghantar semula jenazah anak saudaranya itu ke Bangladesh menganggap Encik Toffazal sebagai "sangat pendiam dan baik hati kerana pernah menderma darah".



Encik Zahirul dan beberapa teman Encik Toffazal telah berusaha mengumpulkan dana yang mereka ingin sumbangkan kepada keluarganya di Bangladesh.



Dalam meratap pemergian Encik Toffazal, Encik Zahirul menambah risiko keselamatan buat pekerja asing yang dihantar ke tapak kerja dengan menaiki kenderaan masih lagi belum ditangani dengan baik.



"Mereka tidak gunakan tali pinggang keledar di belakang lori," jelasnya.



Badan tidak mengaup untung ItsRainingRaincoats berkata pihaknya telah menghubungi Encik Toffazal bagi menawarkan bantuan kaunseling dalam menangani kesedihan kehilangan orang tercinta.



Lagi 16 pekerja asing cedera dalam kejadian itu. Orang ramai yang ingin menyumbang wang kepada pekerja terjejas atau menyokong pekerja asing yang kurang berkemampuan atau dilanda kesulitan hidup boleh berbuat demikian di laman https://www.giving.sg/mwaf



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >