Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Korban rambut demi pesakit barah

Jul 28, 2018 | 03:17 PM



“DADDY nanti rambut Asfa panjang, Asfa boleh pakai cekak dan klip rambut kan.”



Begitulah harapan yang dinyatakan Asfa Horis, empat tahun, kepada ayahnya, Encik Horis Hosri, 35 tahun.



Seperti ramai kanak-kanak perempuan seusianya yang sukakan puteri-puteri, Asfa juga mahu kelihatan cantik dengan rambut panjang seperti puteri yang diminatinya itu.



Namun dek perlu menjalani rawatan kimoterapi, rambutnya sudah banyak gugur.



Asfa, yang menghidap Acute Lymphoblastic Leukaemia sejak berusia dua tahun, perlu menjalani pelbagai rawatan untuk mengawal dan memulihkan barahnya itu.



Untuk memberi sokongan kepada anaknya itu dan agar dia tidak rasa keseorangan dalam perjuangannya menentang barah, Encik Horis telah membuat keputusan mencukur rambutnya.



Beliau hadir di acara Hair for Hope 2018 di VivoCity hari ini (28 Julai) dan kepalanya dicukur botak oleh penaung Yayasan Barah Kanak-kanak (CCF), Profesor Madya Ho Peng Kee.



“Dengan melakukan ini, saya dapat menyokong CCF. Tidak banyak yang boleh saya lakukan, jadi seberapa mana saya boleh bantu, saya lakukan,” kata Encik Horis.



Turut hadir di acara tersebut ialah Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga serta Menteri Kedua Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >