Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Korban tahun ini seperti tahun lalu, sembelih di Australia, agih di SG

May 22, 2021 | 05:30 AM



PELAKSANAAN korban yang diubah suai pada Hari Raya Haji tahun lalu bagi membolehkan Muslim di Singapura menjalankan ibadah tersebut di tengah-tengah pandemik akan diteruskan tahun ini.



Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS) akan berbuat demikian menyusuli langkah keselamatan Covid-19 dipertingkat bagi mengekang penularan penyakit itu dalam masyarakat.



Ini diumum oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam.



Dalam pelaksanaan korban yang diubah suai itu, penyembelihan dijalankan di Australia dan daging yang disejukkan dihantar ke sini untuk diagihkan oleh masjid kepada golongan layak menerimanya.



Antara lain masjid akan mengagihkan sebahagian daging itu kepada keluarga berpendapatan rendah pada hari-hari setelah Hari Raya Haji, ujar Muis.



"Pandemik di seluruh dunia yang berterusan ini membuatkan proses mengimport ternakan ke Singapura lebih sukar, dan menganjurkan upacara Korban kekal mencabar," kata Muis.



Pelaksanaan korban yang diubah suai itu disambut baik oleh masyarakat Islam di sini tahun lalu dan merupakan alternatif selamat dalam menjalankan ibadah tersebut.



Mengulas mengenai pelaksanaan korban yang diubah suai itu, Timbalan Mufti, Ustaz Mohd Murat Md Aris, berkata pada dasarnya yang penting di sebalik ibadah korban (udhiyyah dalam bahasa Arab) ialah pengorbanan tanda menyerah dan taat pada kehendak dan perintah Tuhan demi mendapatkan keredaan-Nya.



"Melindungi masyarakat lebih luas daripada bahaya, dalam konteks pandemik sekarang dan peningkatan penularan (Covid-19) dalam masyarakat pada masa ini, merupakan salah satu tanggungjawab dan pengorbanan paling besar yang boleh dilakukan oleh seorang Muslim," kata beliau.



Butiran pendaftaran bagi ibadah korban tahun ini akan dikeluarkan pada minggu pertama bulan depan.



Dalam pada itu, Muis berkata JKMS telah mengadakan permohonan terbuka bagi vendor untuk menguruskan ibadah korban.



Masjid yang menyertai ibadah korban boleh memilih vendor daripada senarai yang diluluskan oleh Muis dan Agensi Makanan Singapura (SFA).



"Vendor-vendor ini telah dinilai untuk mematuhi semua keperluan pengawalseliaan bagi produk daging yang diimport," kata Muis.



Menyusuli Fasa Dua (Kewaspadaan dipertingkat), JKMS dan masjid akan memastikan langkah pengurusan selamat dipatuhi sepanjang upacara korban, tambah Muis.



Tahun lalu, 42 masjid menawarkan khidmat ibadah korban yang diubah suai.



Setiap masjid menyediakan hingga 100 kambing, berharga antara $300 dengan $330 seekor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >