Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea S kurangi tempoh antara dos kedua dan penggalak ke tiga bulan

Dec 11, 2021 | 05:30 AM



SEOUL: Korea Selatan mengurangkan tempoh antara dos kedua dan dos penggalak vaksin Covid-19 kepada tiga bulan, sedang ia terus bergelut untuk menangani gelombang jangkitan yang melonjak.



Perdana Menteri Kim Boo-kyum semalam berkata tempoh itu disingkatkan berdasarkan nasihat pakar dan langkah itu diperlukan bagi menangani krisis yang sedang dihadapi.



Ia langkah terkini dalam usaha Korea Selatan memendekkan tempoh antara dos kedua dan dos penggalak.



Sebelum ini, tempoh yang ditetapkan ialah enam bulan tetapi ia kemudian dipendekkan kepada lima bulan dan selanjutnya empat bulan bagi warga tua.



Buat masa ini, amalan di kebanyakan negara ialah memperuntuk tempoh enam bulan antara dos kedua dan dos penggalak.



Namun, bilangan kes yang melonjak ke paras rekod dari hari ke hari dan kemunculan varian Omicron - ada 63 kes dilaporkan di Korea Selatan - mendorong pemerintah negara itu bertindak.



Ia juga kerana tempat kosong di unit jagaan rapi (ICU) di hospital kian berkurangan dan hampir kesemua katil dihuni, dengan pemerintah negara itu dijangka mengumumkan sekatan pergerakan diperketat jika keadaan terus genting.



Buat masa ini, sekitar 81 peratus penduduk telah mendapatkan dua dos vaksin, antara kadar tertinggi di rantau ini.



Namun, hanya 10 peratus penduduk telah mendapatkan dos ketiga, atau dos penggalak.



Korea Selatan, pada masa ini, mencatat lebih 7,000 kes Covid-19 baru setiap hari, dan bilangan orang yang jatuh sakit teruk akibat Covid-19 kian bertambah.



Pegawai pemerintah berkata bilangan kes yang melonjak itu disebabkan perlindungan daripada vaksin yang semakin berkurangan, hampir sembilan bulan selepas ia mula memvaksinasi penduduknya pada Mac lalu.



Sekitar 85 peratus orang yang sakit teruk akibat Covid-19 pada masa ini berusia lebih 60 tahun dan separuh daripada mereka telah divaksinasi sepenuhnya, kata Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >