Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koridor Alam Semula Jadi Lornie dibuka

Nov 22, 2020 | 05:30 AM



ORANG ramai kini boleh menunggang basikal dan berjalan di Koridor Alam Semula Jadi Lornie sepanjang 1.76 kilometer yang baru dibuka semalam.



Koridor itu merupakan bahagian terkini jejak pantai-ke-pantai sepanjang 36 kilometer yang menghubungkan Pulau Coney (yang juga dikenali sebagai Pulau Serangoon) di utara ke Jurong Lake Gardens di barat.



Koridor itu juga merupakan laluan hijau antara Kolam Air MacRitchie dengan Adam Road.



Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee menanam 150 pokok di sepanjang koridor itu bersama anggota masyarakat sempena pembukaannya.



Usaha itu merupakan sebahagian gerakan menanam sejuta pokok di Singapura menjelang 2030.



Sejak dilancarkan April lalu, lebih 80,000 pokok telah ditanam.



"Usaha ini merupakan sebahagian komitmen kami merubah Singapura menjadi bandar dalam alam semula jadi dalam tempoh sedekad akan datang.



"Ini akan mengurangkan kesan pembandaran dan perubahan iklim serta membolehkan warga Singapura mengakses alam semula jadi dengan lebih baik dan mewujudkan sekitaran yang lebih sesuai didiami," kata Encik Lee semasa berucap di majlis pembukaan koridor tersebut.



Koridor alam semula jadi itu juga akan membentuk sebahagian laluan 10 kilometer dari Kheam Hock Road ke Upper Thomson Road yang sedang menjalani proses membolehkan tanaman di situ tumbuh secara semula jadi dengan langkah campur tangan tertentu.



Lembaga Taman Negara (NParks) telah mengenal pasti 32 laluan alam semula jadi, jalan raya dan habitat di taman dan ruang hijau untuk menjalani proses itu dalam masa tiga tahun akan datang.



Tanaman akan dibiarkan tumbuh secara semula jadi di lokasi itu sementara spesies tanaman yang lebih cenderung terhadap risiko kebakaran dan ribut akan dipotong atau dihapuskan.



Koridor Lornie dapat dibentuk hasil tanah yang diperoleh dengan langkah memperkecil Lornie Road dari tujuh ke empat lorong selepas Lebuh Raya Lornie selesai dibina.



Namun menurut Encik Lee, langkah membina Lebuh Raya Lornie itu menjejas sebahagian tanah perkuburan Bukit Brown dan ini mencetus ketegangan antara pembangunan dengan pemuliharaan.



"Bagaimanapun, isu yang sukar inilah yang membuka perbincangan dan membolehkan kita meningkatkan kerjasama antara pemerintah dengan masyarakat sivil seperti kumpulan alam semula jadi dan warisan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >