Koridor berseri menjelang Aidilfitri, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Koridor berseri menjelang Aidilfitri

Raya lebih meriah bersama ibu dan abang yang pulang selepas dirawat di hospital
May 04, 2021 | 05:30 AM

SEMANGAT menyambut Aidilfitri kini kembali bagi Encik Abdullah Abdul Rahim,36 tahun, kerana baru sahaja bersatu semula dengan abang dan ibunya yang sebelum ini telah dimasukkan ke hospital.

Kegembiraannya digambarkan dengan beliau menghiasi koridor flatnya di Blok 117 Tampines Street 11 dengan pelbagai hiasan, termasuk bunga manggar, lampu lap lip dan anyaman ketupat, yang sebahagiannya disumbangkan oleh jiran tetangga.

Bercakap tentang semangat menghiasi koridor itu, Encik Abdulkah berkata abangnya, Encik Azman Mohd Salleh, 59 tahun, telah dirawat di hospital sebanyak dua kali, sebelum dan ketika Ramadan akibat gastrik dan kemudian demam panas.

Ibunya pula, berusia 83 tahun, telah dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah yang sangat rendah.

"Alhamdulillah anggota keluarga saya sudah pulih dan ada bersama saya di rumah.

Discover Malay Home Based Businesses

"Ini adalah Hari Raya pertama kami tanpa bapa saya sejak pemergiannya pada Disember lalu. Jadi, saya sangat bersyukur dan berterima kasih kerana saya masih dapat bersama abang dan mak pada raya ini di rumah," ujar Encik Abdullah.

Selain gembira dapat berkumpul semula dengan anggota keluarganya, Encik Abdullah juga berharap hiasan itu dapat menceriakan penduduk warga emas yang menetap di blok itu.

"Saya sebenarnya tidak pernah buat bunga manggar, jadi saya belajar cara membuatnya menerusi Youtube," ujar Encik Abdullah yang merupakan cef pastri yang berniaga sendiri.

"Abang dan mak juga gembira melihat hiasan di luar rumah" ujar beliau.

Kata beliau perhiasan yang diketengahkan telah dibeli di Geylang Serai dan Haig Road dan seorang jirannya telah menyumbang lampu lap lip.

Antara hiasan unik yang beliau beli ialah lampu pelita yang biasa digunakan di kampung-kampung.

"Hiasan Hari Raya ini tidak banyak. Selain ketupat, dan bunga-bunga, saya membeli pelita, dan menukar lilin kepada lilin elektronik demi keselamatan. Seronok melipat lampu dan pelita berkelip sepanjang malam," ujarnya.

Jiran yang tinggal di unit hujung koridor itu, Cik Rasidah A Rahman, 62 tahun menghargai usaha Encik Abdullah dan berkata: "Saya sangat suka dengan hiasan Abdullah dan apabila saya melihatnya, saya dapat rasakan semangat Hari Raya!"

Cahaya dan kemeriahan di koridor itu ternyata telah menarik perhatian ramai penduduk di Tampines sehingga ada yang merakamkannya dan berkongsi videonya di media sosial seperti di Tik Tok.

Video oleh oleh pengguna Tik Tok, @mohamedanwarpostki. telah mendapat lebih 1,000 tanda 'like' dan lebih 80 komen positif memuji hiasan Raya di Tampines itu.

Dalam pada itu, Encik Abdullah melahirkan keghairahannya untuk meneruskan tradisi memasak sambal goreng pengantin bersama abangnya minggu hadapan memandangkan abangnya kini sudah lebih sihat.

"Resipi sambal goreng pengantin itu sudah diturunkan beberapa generasi. Abang saya pandai masak, saya hanya bantu menyiapkan bahan-bahan sahaja," kata Encik Abdullah sambil tertawa.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map