Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koridor pengangkutan bersepadu Utara-Selatan dijangka siap 2026

LTA
Apr 28, 2016 | 02:12 PM



KORIDOR Utara-Selatan - ekspreswe 21.5km yang akan menghubungkan bandar-bandar di kawasan utara ke bandar - dijangka siap sekitar 2026.



Mendedahkan demikian dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis (28 April), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata ia akan memanggil beberapa tender bagi projek itu pada bulan-bulan akan datang, dengan kerja pembinaan utama bermula pada 2017.



Walaupun pada asalnya dikonsepkan sebagai lebuh raya kenderaan yang akan siap pada 2020, koridor itu sekarang akan dibina sebagai "koridor pengangkutan bersepadu" pertama negara ini dengan lorong bas dan laluan basikal khusus.



Bagi penumpang bas, ini boleh bererti masa perjalanan dikurangkan hingga 30 minit bagi perjalanan dari Woodlands, Sembawang, Yishun dan Ang Mo Kio ke bandar.



Selain laluan jarak jauh itu, perkhidmatan bas antara bandar juga boleh memanfaatkan tanjakan dan laluan bas koridor tersebut bagi mengurangkan masa perjalanan.



Laluan basikal di sepanjang ekspreswe itu juga akan menghubungkan Rangkaian Taman Penyambung dan rangkaian laluan basikal khusus di kawasan bandar HDB di sepanjang koridor tersebut.



LTA berkata kerja-kerja persediaan bagi projek itu, seperti menetapkan semula sempadan hartanah terjejas, telah bermula.



Kajian kejuruteraan lanjut juga telah selesai.



Hasil kajian itu menunjukkan terdapat cabaran pembinaan dan kejuruteraan yang berpotensi memerlukan kaedah pembinaan lebih canggih bagi memastikan infrastruktur sedia ada di sebelah tidak terjejas, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >