Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koridor Rel dibuka semula, warisan laluan dikekal, kehijauan dipertingkat

Mar 23, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Pembangunan Negara Desmond Lee bersama anggota kumpulan masyarakat Friends of Rail Corridor telah berjalan-jalan semalam di Koridor Rel yang dibuka semula dengan nafas baru.



Bahagian tengah Koridor Rel yang panjangnya 4 kilometer dan terletak antara Hillview dengan Stesen Kereta Api Bukit Timah yang telah dipulihara itu ditutup sejak 2019 untuk kerja pemulihan.



Dalam satu ucapan, Encik Lee berkata maklum balas warga Singapura dipertimbangkan dengan saksama sedang pihak berkuasa melakarkan rancangan bagi bahagian tersebut.



Mengambil kira maklum balas itu, sisa fizikal warisan laluan kereta api koridor itu dikekalkan.



Ini termasuk empat jambatan yang diperbaiki.



Kedua, biodiversiti dan kehijauan sepanjang bahagian itu dipertingkat, kata Encik Lee.



Tumbuh-tumbuhan asli ditambah sepanjang jalan, dan lampu malam telah dikurangkan untuk mengurangkan gangguan kepada haiwan.



Beliau menambah akses penduduk dan pengunjung ke koridor itu diambil kira.



Lapan tempat keluar masuk ditambah di bahagian itu, dan kerja dilakukan untuk mengelakkan air untuk bergenang di laluan tersebut, lapor The Straits Times (ST).



Encik Lee turut berkata perlu ada keseimbangan dalam menggunakan seluruh tanah berukuran 24km itu setelah ia dipulangkan pada 2011.



Selain mengekalkan ruang itu untuk alam semula jadi dan rekreasi, serta memulihara infastruktur sejarahnya, beberapa bahagian tanah bersebelahan Koridor Rel akan digunakan bagi pelbagai pembangunan untuk memenuhi keperluan rumah, pekerjaan dan kemudahan.



"Ini menunjukkan bagaimana kita berusaha untuk memanfaatkan tanah kita dengan sebaik-baiknya," kata Encik Lee.



Sebagai sebahagian kerja pembaikan, satu laluan bawah baru bagi pejalan kaki telah dibina di Hindhede Drive menyusuli maklum balas daripada orang awam, kata Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Lembaga Taman Negara (NParks) dalam satu kenyataan bersama semalam.



Laluan bawah seluas 3.6m itu, yang di bawah jambatan rel lama, dibina selari dengan Hindhede Drive supaya pejalan kaki yang ke Hutan Simpanan Bukit Timah tidak perlu berjalan sepanjang jalan raya, yang tidak mempunyai laluan jalan kaki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >