Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koridor Utara-Selatan: Asas bagi terowong jalan raya siap 50%

Jan 26, 2023 | 05:30 AM



SATU projek bernilai $7.47 bilion bagi membina sebuah koridor pengangkutan bersepadu dari utara Singapura ke bandar, kini menghampiri separuh daripada tempoh binaannya selama sembilan tahun.



Ini selepas pandemik Covid-19 menyebabkan penangguhannnya selama setahun.



Kerja binaan Koridor Utara-Selatan (NSC) sepanjang 21.5 kilometer (km) itu, yang bermula dari Admiralty Road West dan berakhir di East Coast Parkway dekat Republic Boulevard, bermula pada 2018, dan dijadualkan selesai bermula 2027 dan selanjutnya.



NSC terdiri daripada jejambat sepanjang 8.8 km di utara dan 12.3 km terowong jalan raya bawah tanah di bahagian selatan pulau ini, selain laluan bas yang berterusan dan laluan untuk kegunaan mereka yang berbasikal.



Apabila siap kelak, NSC akan menjimatkan masa perjalanan sehingga 30 minit dari Woodlands, Sembawang, Yishun dan Ang Mo Kio ke bandar.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) yang memberikan perkembangan terkini projek tersebut kepada akhbar The Straits Times berkata kerja-kerja yang sedang berjalan kini melibatkan pemasangan dinding-dinding berstruktur bawah tanah serta pengalihan unsur seperti utiliti dan trafik - satu langkah utama sebelum pembinaan terowong bermula.



Dinding-dinding tersebut bertindak sebagai konkrit terowong bawah tanah itu, yang merupakan struktur menyokong semasa penggalian terowong dan sebagai asas serta dinding yang kekal selepas terowong selesai dibina.



LTA perlu menyediakan ruang untuk kerja binaan ini secara lebih awal dengan mengalihkan utiliti penting yang melintasi NSC, seperti laluan kabel kuasa dan telekomunikasi.



LTA berkata ia sedang bekerjasama dengan pelbagai agensi dalam usaha mengalihkan laluan kabel utiliti yang terjejas.



Ini dilakukan secara berfasa bagi mengurangkan gangguan kepada pelbagai perkhidmatan penting.



Pemasangan dinding berstruktur bagi NSC dianggar sudah 50 peratus selesai, kata LTA.



Apabila asasnya sudah disediakan, penggalian terowong jalan raya ini boleh bermula, dan bumbung serta asas terowong ini kemudian boleh dibina.



Menurut laporan sebelum ini, terowong jalan raya NSC dijangka selesai pada 2026.



Penyambungan semula jalan raya dan laluan lain di atas terowong tersebut dianggarkan selesai bermula 2027.



LTA bercadang bekerjasama dengan penduduk di pelbagai bandar untuk mereka semula jalan-jalan raya di permukaan ini.



Ia berkata NSC adalah projek terowong "potong dan tutup" terbesar di Singapura, dan memandangkan ia melintasi kawasan yang sesak dengan penduduk, maka ia menambah kesukarannya.



Kaedah potong dan tutup ini merupakan cara menggali terowong tradisional yang melibatkan penggalian parit yang dalam, membina terowong, dan mengembalikan permukaan ke peringkat asalnya.



Terowong Ekspreswe Kallang-Paya Lebar sepanjang sembilan kilometer juga dibina menggunakan kaedah ini.



LTA juga mendedahkan bahawa sebahagian daripada terowong NSC di sepanjang Thomson Road akan bertindih dengan terowong ke selatan di atas dan terowong menuju ke utara di bawah, memandangkan terdapat hanya ruang yang sedikit bagi terowong dibina secara bersebelahan.



Di Novena, terowong bertindih ini terletak hanya beberapa meter daripada laluan MRT Utara Selatan masa kini.



Bagi mengatasi cabaran yang dihadapi, kaedah binaan yang canggih yang telah digunakan dengan jayanya di negara lain bagi binaan dekat dengan landasan kereta api sedia ada, akan digunakan di Singapura buat kali pertama, kata LTA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >