Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: ‘Ia serupa demam selesema,’ kata pesakit Wuhan di S’pura

Feb 21, 2020 | 11:17 AM



APABILA Encik Wang, seorang pelancong dari China, dimasukkan hospital pada 24 Januari, beliau hanya mengalami batuk sedikit tetapi rasa sihat seperti biasa.



Dalam beberapa minggu seterusnya, batuk itu berlarutan, namun warga China berusia 37 tahun itu tidak menunjukkan simptom lain seperti selesema atau demam.



Ujian bagaimanapun kemudian menunjukkan bahawa beliau dijangkiti koronavirus meskipun beliau hanya mengalami simptom ringan, lapor The Straits Times.



“Ia agak serupa demam selesema, dan bagi diri saya, ia tidak seteruk demam selesema,” kata penduduk Wuhan itu dalam satu wawancara dengan media pada Khamis (20 Feb).



“Apabila saya ada demam selesema, saya kadang kala akan dapat batuk lebih serius atau selesema, tetapi saya tidak tunjukkan simptom tersebut kali ini. Mungkin saya bernasib baik dalam aspek ini,” tambahnya.



Encik Wang, yang enggan mendedahkan nama penuhnya, tetap perlu dimasukkan Hospital Besar Singapura (SGH) selama empat minggu kerana ujian yang dijalankan ketika itu mendapati beliau telah dijangkiti virus.



Beliau akhirnya keluar hospital pada Khamis selepas dua ujian berturut-turut menunjukkan beliau tidak lagi menghidapi virus itu.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >