Koronavirus: 1 dalam 5 pesakit di S’pura keluar rumah walaupun tak sihat, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Koronavirus: 1 dalam 5 pesakit di S’pura keluar rumah walaupun tak sihat

Mar 11, 2020 | 08:20 AM

SATU dalam lima pesakit yang disahkan mempunyai koronavirus di Singapura keluar rumah walaupun mereka tidak sihat, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong pada Selasa (10 Mac).

Satu dalam empat orang juga berjumpa dengan lebih daripada seorang doktor, katanya dalam sidang akhbar untuk memberi perkembangan terkini mengenai Covid-19 di sini, lapor The Straits Times.

Menggesa warga Singapura untuk tidak keluar atau berganti-ganti doktor iika mereka tidak sihat, beliau berkata:

“Saya sangat bimbang banyak kes jangkitan setempat adalah akibat tindakan sosial tidak bertanggungjawab dari beberapa individu yang terus bekerja dan menghadiri acara, serta menyertai kegiatan walaupun tidak sihat, dan terus menyebarkan penyakit ini kepada keluarga, kawan dan kenalan lain."

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map