Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: 32 kes baru di S'pura; 24 kes import libatkan penduduk

Mar 19, 2020 | 09:29 PM



SEBANYAK 32 kes jangkitan Covid-19 baru disahkan pada Khamis (19 Mac), menjadikan jumlah kes di Singapura kini 345.


Di kalangan kes baru, 24 diimport manakala lapan adalah kes tempatan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan pada Khamis (19 Mac). 



Jumlah kes jangkitan itu adalah lebih rendah berbanding Rabu (18 Mac), yang mencatatkan 47 kes jangkitan - jumlah harian tertinggi di sini. 



MOH berkata kes baru yang diimport terdiri daripada penduduk dan pemegang pas jangka panjang yang pulang ke Singapura dan mempunyai sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara dan Asean.



Masjid Al-Muttaqin di Ang Mo Kio telah dikenal pasti sebagai kelompok dengan tiga kes jangkitan, seperti yang diumumkan MOH pada Rabu (18 Mac).



Sementara itu, tujuh lagi kes telah beransur pulih dan dibenarkan pulang.

Secara keseluruhan, 124 pesakit telah sembuh. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >