Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: 49 kes baru di S'pura, 3 kes membentuk kelompok baru di Pusat SingPost

Mar 27, 2020 | 10:43 PM



SINGAPURA mengesahkan 49 kes jangkitan Covid-19 baru pada Jumaat (27 Mac), dengan tiga kes membentuk kelompok baru di Pusat SingPost di Eunos.



Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan, 22 kes merupakan kes jangkitan import manakala 27 adalah kes jangkitan setempat.



Kes jangkitan import baru merupakan warga atau pemegang pas jangka panjang yang pulang ke sini dan mempunyai sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah, Asean dan bahagian lain di Asia.



Dalam kalangan kes jangkitan setempat baru pula, lima kes berkait dengan kelompok pusat Yayasan Masyarakat PAP (PCF) Sparkletots Fengshan, dan tiga berkait dengan kelompok Sekolah Antarabangsa Dover Court.



Kini terdapat 25 kes berkait pra sekolah Fengshan itu, di mana 16 daripadanya adalah kakitangan sekolah berkenaan.



Baki sembilan kes merupakan ahli keluarga pengetua sekolah,



Jelas MOH, 11 kes telah pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah yang sudah sembuh kepada 183 orang.



Singapura sejauh ini telah melaporkan 732 kes jangkitan dan dua kematian akibat Covid-19. 



Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) berkata tiga kes yang berkait dengan kemudahan memproses paket SingPost telah diuji positif Covid-19. 



"Selain langkah sedia ada, SingPost akan mengambil langkah berjaga-jaga lebih lanjut untuk melindungi kesihatan dan keselamatan pekerja pos, termasuk menyahjangkit premis dan peralatan sebelum memulakan operasi. 





“Kami mengharapkan kesabaran dan pemahaman umum jika terdapat penangguhan pada penghantaran paket pada minggu akan datang ini. IMDA akan bekerjasama dengan SingPost untuk mengurangkan kesan operasi surat, dan menyokong usaha melindungi kesihatan dan kesejahteraan pekerja pos," kata kenyataan itu. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >