Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: 49 kes baru di S'pura, 32 kes import

Mar 24, 2020 | 09:28 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah mengesahkan 49 kes jangkitan koronavirus Covid-19 baru pada Selasa (24 Mac), sedang ramai pelajar dan pekerja pulang ke tanah air dari luar negara.



Sejumlah 32 daripada 49 kes itu merupakan kes import daripada pelancong yang telah pulang ke Singapura. Daripada 32 orang itu, 25 merupakan warga atau penduduk setempat sementara lima merupakan pemegang pas pelancong jangka panjang kata MOH, lapor The Straits Times (ST).



Antara kes jangkitan baru itu, 14 orang telah ke Britain dan lima ke Amerika Syarikat manakala yang lain melawat ke Malaysia, Perancis, Indonesia, Australia, rantau Timur Tengah dan negara Asia lain.



Baki 17 kes yang bukan kes import, 13 tidak mempunyai kaitan dengan sejarah perjalanan atau kes jangkitan yang dilaporkan sebelum ini dan pemeriksaan jejak hubungan rapat sedang dilaksanakan.



Sejauh ini, jumlah pesakit koronavirus di Singapura telah mencecah 558 orang. 17 pesakit berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di unit penjagaan rapi, sementara seramai 156 orang telah pulih.



Dua kes kematian Covid-19 telah dilaporkan di negara ini. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >