Subuh
5:29
Syuruk
6:51
Zuhur
12:54
Asar
4:17
Maghrib
6:54
Isyak
8:08
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Setempat0

Koronavirus: 5 kes jangkitan baru, termasuk 4 berkaitan kelompok baru di Safra Jurong

Mar 05, 2020 | 09:17 PM

SEBANYAK lima kes jangkitan Covid-19 telah disahkan sehingga 12 tengah hari tadi (5 Mac), dengan sebuah kelompok baru melibatkan acara jamuan malam privet di Safra Jurong pada 15 Februari lalu telah dikenal pasti.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini, empat kes baru itu mempunyai kaitan dengan kelompok Safra Jurong itu manakala satu lagi kes merupakan kes import, iaitu seorang penumpang penerbangan Turkish Airlines yang tiba di Singapura kelmarin.

Penumpang itu merupakan seorang lelaki warga Perancis berusia 42 tahun dan memegang Pas Pekerjaan Singapura.

Namun, beliau tidak mempunyai rekod perjalanan ke negara dan kawasan yang terjejas baru-baru ini meskipun beliau telah ke Perancis, Portugal dan Britain antara 8 Februari dengan 3 Mac.

Beliau kini dirawat di bilik pengasingan di Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID).

Lelaki itu berkata beliau sudah mula mengalami simptom semasa menaiki penerbangan Turkish Airlines dari Istanbul ke Singapura kelmarin.

Selepas dihantar ke NCID pada 4 Mac, ujian lanjut menunjukkan bahawa beliau sah dijangkiti Covid-19 pada keesokan hari.

Sebelum dimasukkan ke hospital, beliau yang menetap di  kawasan Mount Sophia telah pergi ke Hospital Gleneagles bagi urusan yang berasingan.

Sementara itu, dua lagi pesakit telah dibenarkan pulang daripada hospital sehingga 12 tengah hari semalam.

Ini bermakna, secara keseluruhan, 81 pesakit telah pulih dan dibenarkan pulang daripada hospital, sementara jumlah jangkitan Covid-19 di negara ini kini mencapai 117 kes.

Menurut MOH, 36 kes masih lagi dirawat di hospital dan kebanyakan daripada mereka berada dalam keadaan stabil atau bertambah baik.

Meskipun begitu, MOH berkata tujuh kes berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU). Usaha menjejak kenalan rapat pesakit yang disahkan dijangkiti virus tersebut masih dijalankan.

Dalam kenyataan yang sama, kementerian itu berkata mereka telah mengenal pasti 3,291 kenalan rapat pesakit dan mereka telah dikuarantin sehingga 12 tengah hari tadi.

“Daripada jumlah ini, 381 orang masih menjalani kuarantin, dan 2,910 orang telah selesai menjalani kuarantin,” ujar MOH.  

 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian