Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: 54 kes baru di S'pura, tertinggi dalam sehari; 48 kes import

Mar 23, 2020 | 09:15 PM



SINGAPURA telah mengesahkan 54 kes Covid-19 baru termasuk 48 yang diimport, kata Kementerian Kesihatan (MOH) tadi (23 Mar).



Ini merupakan jumlah kes baru tertinggi di Singapura tercatat dalam masa sehari sejauh ini.

Semua kecuali satu daripada kes import merupakan penduduk yang kembali dan pemegang pas jangka panjang.





Kes yang diimport itu telah mengunjungi Eropah, Amerika Utara dan Asia Tenggara.





Baki enam kes setempat yang diumumkan hari ini, buat masa ini tidak dikaitkan dengan perjalanan atau kes sebelum ini.





Usaha mengenal pasti mereka yang berhubungan rapat dengan kes-kes itu, masih diteruskan. 

Masjid Al-Muttaqin telah dikenal pasti sebagai antara kelompok jangkitan, dengan tiga kes dilaporkan sejauh ini.



 

Jumlah kes terkini membawa jumlah keseluruhan pesakit yang dijangkiti di Singapura kepada 509, dengan 15 orang dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.





Lapan lagi kes telah dibenarkan pulang, membawa jumlah mereka yang dibenarkan pulang dan sembuh sepenuhnya kepada 152 orang. 





Pemerintah mengumumkan hari ini bahawa semua pengunjung yang tiba di Singapura - termasuk penduduk Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang - perlu menyerahkan pengisytiharan kesihatan dalam talian sebelum melalui pemeriksaan imigresen.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >