Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: Aplikasi TraceTogether boleh diakses percuma global

Mar 23, 2020 | 10:14 PM



Dalam usaha sejagat bagi membendung Covid-19, pemerintah Singapura akan menawarkan perisian aplikasi jejak hubungan rapat, TraceTogether secara peruma kepada pembangun aplikasi di serata dunia.



Dalam satu pos Facebook pada Isnin (23 Mac), Menteri bertanggungjawab bagi inisiatif Negara Bijak Dr Vivian Balakrishnan berkata bahawa aplikasi itu, yang dihasilkan Agensi Teknologi Pemerintah (GovTec) dan Kementerian Kesihatan boleh disumber secara terbuka (open sourced), lapor The Straits Times (ST).



Ini bermakna, kod yang terkandung dalam sofwe aplikasi itu akan ditawarkan secara percuma kepada pengguna dan ia boleh diedarkan serta diubah suai. 



"Kami percaya, dengan membuat kod itu percuma untuk pengguna serata dunia, ia akan mempertingkatkan keyakinan serta kerjasama dalam menangani ancaman global yang tidak mengenal sempadan negara, sistem politik atau ekonomi," kata Dr Balakrishnan, juga Menteri Ehwal Luar.



Aplikasi TraceTogether, yang kini telah dimuat turun oleh seramai 620,000 pengguna, dilancarkan pada Jumaat (20 Mac) lalu dan berupaya mengenal pasti orang yang berhubungan rapat dengan pesakit koronavirus di antara jarak dua meter selama 30 minit dengan menggunakan teknologi Bluetooth.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >