Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DENGAR PODCAST #NOTAPIS

Koronavirus: Bala atau ujian? Tawakal atau tawaakul yang betul?

Bakal Timbalan Mufti Ustaz Hannan turut tekankan pentingnya sikap membantu, sebar rahmah
Feb 19, 2020 | 05:30 AM



MUNGKIN ada yang menganggap krisis wabak koronavirus yang dialami bukan sahaja warga negara ini tetapi juga dunia, merupakan satu bala yang diturunkan Allah swt sebagai balasan terhadap penindasan yang didakwa berlaku di negara China terhadap warga Muslim.



Namun menurut bakal Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan, dalam Islam bala di sini bukan bermakna sesuatu yang negatif atau yang boleh dikaitkan dengan perkataan Melayu lain yang mempunyai implikasi yang sama seperti malapetaka, musibah dan fitnah.



Bala dalam Al-Quran, kata Ustaz Hannan, bermaksud ujian. Allah menguji dengan yang kebaikan dan kesusahan. Ada bala dalam Quran disebut sebagai "bala hasanah", atau ujian yang baik.



Memberikan penerangan dalam podcast #NoTapis baru-baru ini, Ustaz Hannan yang juga Timbalan Pengarah (Pembangunan Keupayaan) di Pejabat Mufti berkata dalam konteks hari ini di mana penularan wabak Covid-19 - nama yang diberikan kepada virus ini - ujian di sini bukan sahaja disasarkan kepada mereka yang dijangkiti penyakit itu.



Tetapi sebaliknya, beliau menekankan ujian sebenarnya ialah ke atas mereka yang tidak dijangkiti, atau lebih jelas lagi, sikap orang ramai terhadap mereka yang dijangkiti, atau mereka yang berada di barisan hadapan untuk merawat mereka yang dijangkiti.



"Sikap membantu, menyebarkan rahmah, rasa empati, semua ini perlu ditonjolkan dan ini ujian kita terutama ketika masa-masa krisis sekarang.



"Inilah teman sebenar," ujarnya.



Menyentuh tentang reaksi panik pula, Ustaz Hannan berkata ini mungkin sesuatu yang boleh dijangkakan terutama bagi mereka yang tidak mendapat maklumat daripada sumber-sumber yang sahih.



Dalam Islam juga, jika ada berlaku berita-berita yang tidak betul, Islam mengesyorkan agar warga kembali kepada sumber yang sahih untuk memeriksa ketepatannya.



Beliau turut menyentuh tentang irsyad yang dikeluarkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) baru-baru ini menggesa agar jemaah tidak ke masjid jika mereka sakit, membawa telekung dan sejadah mereka sendiri, dan mengelakkan daripada bersalaman.



Meski ada kata-kata yang melahirkan rasa tidak puas hati kerana tidak menggalakkan bersalaman, Ustaz Hannan berkata meski sikap masyarakat Muslim ialah untuk bertawakal apabila berdepan dengan ujian, ia tidak bermakna warga tidak mengambil langkah-langkah pencegahan.



"Apabila kita ambil langkah-langkah pencegahan seperti tidak datang ke masjid apabila sakit, menggunakan sanitasi tangan, sentiasa cuci tangan dengan sabun, barulah selepas itu kita tawakal.



"Tetapi kalau kita tidak mencuci tangan, tidak ke doktor apabila sakit, itu namanya bukan tawakal. Itu tawaakul," jelas beliau.



Tawakal ialah mengambil langkah-langkah perlu dan selebihnya berserah kepada Allah swt.



Sebaliknya, tawaakul, orang yang tidak mengambil sebarang langkah dan kemudian berserah kepada Allah swt.



Merumuskannya, sebagai seorang Muslim beriman, Ustaz Hannan yakin cabaran yang dihadapi sekarang merupakan satu ujian yang dapat warga tangani bersama.



Tambahnya, apa jua ujian yang diturunkan, Allah swt tidak akan membebankan melebihi apa yang dimampui.



"Saya yakin apa yang diturunkan adalah di bawah kemampuan kita, ini janji Allah swt.



"Kita juga perlu mengambil peluang ini untuk mengenali diri kita dan membantu orang lain, untuk keluar daripada krisis ini," ujarnya.




"Apabila kita ambil langkah-langkah pencegahan seperti tidak datang ke masjid apabila sakit, menggunakan sanitasi tangan, sentiasa cuci tangan dengan sabun, barulah selepas itu kita tawakal. Tetapi kalau kita tidak mencuci tangan, tidak ke doktor apabila sakit, itu namanya bukan tawakal. Itu tawaakul... Saya yakin apa yang diturunkan adalah di bawah kemampuan kita, ini janji Allah swt. Kita juga perlu mengambil peluang ini untuk mengenali diri kita dan membantu orang lain, untuk keluar daripada krisis ini."
- Bakal Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >