Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: CapitaLand potong gaji pengurusan kanan, anggota lembaga dalam semangat 'perpaduan'

Feb 26, 2020 | 02:50 PM



SYARIKAT hartanah CapitaLand pada Rabu (26 Februari) mengumumkan bahawa ia akan memotong gaji anggota lembaga serta pengurusan kanannya dalam semangat perpaduan bersama pihak berkepentingan mereka dalam penularan koronavirus ini.



Anggota lembaga dan pengurusan kanan syarikat tersebut akan melihat yuran lembaga serta gaji asas mereka dikurangkan sebanyak 5 hingga 15 peratus mulai 1 April nanti, lapor The Business Times (BT).



Tambahan pula, syarikat itu telah melaksanakan pembekuan gaji bagi semua staf berpangkat pengurus ke atas.



Langkah-langkah ini akan disemak semula setelah enam bulan, atau sekiranya kedudukan syarikat kumpulan CapitaLand daripada wabak Covid019 ini bertambah stabil, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.



Untuk menyokong rakan runcitnya, sebahagian daripada pembayaran pampasan staf pengurusan mereka di Singapura akan dibayar melalui CapitaVoucers untuk digunanakan di pusat-pusat membeli-belah milik CapitaLand. Secara keseluruhan, baucar yang akan diberikan kepada mereka bernilai sebanyak $2 juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >