Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: DPPMS umum langkah bantu peniaga; bentuk pasukan petugas, talian hotline

Mar 17, 2020 | 10:21 PM



DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) telah mengumumkan beberapa langkah dalam usaha membantu dan menyokong anggotanya menempuhi tempoh sukar ekoran penularan Covid-19 ini.



Dalam kenyataannya pada Selasa (17 Mac), DPPMS menyenaraikan beberapa langkah yang dikuat kuasa serta merta.



Antaranya ialah membentuk sebuah pasukan petugas bagi melihat bagaimana anggota dapat memanfaatkan lebih baik langkah-langkah yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 bagi membantu perniagaan mereka.



Menurut DPPMS, ia akan menganjurkan sesi dampingan untuk memahami keprihatinan para anggota serta mempercepatkan usaha mendekati pihak berkepentingan yang relevan.


DPPMS juga akan merujuk anggota kepada sumber yang dikongsi bagi mengatasi kekurangan yang telah menyebabkan kesan perniagaan yang ketara.


Selain itu, dewan telah menubuhkan satu talian kecemasan, bagi anggota yang memerlukan bantuan yang disasarkan, untuk menghubungi sekretariat. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >