Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: Dua kes baru dikesan, empat lagi pesakit pulih dan dibenar pulang

Mar 02, 2020 | 09:02 PM



DUA lagi kes jangkitan virus Covid-19 telah dikesan,  menambah jumlah jangkitan setempat kepada 108 orang, sedang empat pesakit telah pulih dan dibenarkan pulang dari hospital, kata Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya pada Isnin (2 Mac).



Antara dua kes jangkitan baru itu, satu melibatkan seorang pembantu rumah daripada Filipina, berusia 34 tahun yang di mana majikannya, merupakan seorang pekerja di Wizlearn Technologies Pte Ltd yang telah disahkan positif dan mempunyai seorang lagi pembantu rumah Filipina yang disahkan positif juga pada Ahad (1 Mac). Sejumlah 12 kes kini boleh dikaitkan dengan kelompok Wizlearn Technologies ini.



Satu lagi kes melibatkan seorang wanita warga Singapura berusia 68 tahun yang telah ke Jakarta pada 11 hingga 14 Februari dan mempunyai hubungan dengan satu kes yang dilaporkan sebelum ini - seorang pelajar Institusi Raffles yang disah mengalami jangkitan pada 27 Februari.



Sementara itu, empat pesakit telah pulih dengan sepenuhnya dan dibenarkan pulang dari hospital, menambah jumlah kesulurahan pesakit yang telah pulih kepada 78 orang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >