Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Setempat

Koronavirus: Dua kes baru disahkan, jumlah kes kini 110

Mar 03, 2020 | 09:21 PM

Dua kes koronavirus baru disahkan di Singapura pada Selasa (3 Mac) dengan satu daripadanya berkait dengan kelompok di Wizlearn Technologies.

Bagi kes kedua, usaha menjejak hubungan dekat sedang dijalankan untuk mengesan sebarang kaitan dengan kes terdahulu atau sejarah perjalanan ke negara atau rantau terjejas.

Jumlah kes yang disahkan kini 110, kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kes 109 ialah lelaki warga Singapura berusia 70 tahun tanpa sejarah perjalanan ke negara atau rantau terjejas.

Beliau kini dirawat dalam bilik pengasingan di Hospital Besar Singapura (SGH).

Sebelum dimasukkan ke hospital, beliau telah bekerja di Fish Mart Sakuraya di 154 West Coast Road tetapi tidak mengendalikan makanan atau melayan pelanggan.

Beliau tinggal di Everton Park.

Kes 110 ialah lelaki warga Singapura berusia 33 tahun juga tanpa sejarah perjalanan ke negara dan rantau terjejas.

Beliau, yang kesnya berkait dengan kelompok Wizlearn Technologies, kini dirawat di Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID).