Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: Dua kes baru disahkan, satu keluar hospital

Mar 04, 2020 | 09:38 PM



DUA lagi kes jangkitan Covid-19 di Singapura telah disahkan pada Rabu (4 Mac), menjadikan jumlah kes 112.


Sementara itu, satu kes koronavirus itu telah pulih dan dibenarkan pulang.


Dalam kenyataannya, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata salah satu kes terkini melibatkan seorang lelaki Penduduk Tetap berusia 43 tahun tanpa sejarah perjalanan ke negara dan rantau terjejas tetapi berada di Malaysia dari 18 hingga 21 Februari.


Beliau, yang menetap di Compassvale Street, kini dirawat dalam bilik pengasingan di Hospital Universiti Nasional (NUH).


Kes kedua terkini pula melibatkan wanita warga Singapura berusia 62 tahun juga tanpa sejarah perjalanan ke negara dan rantau terjejas.


Beliau yang bekerja di sekolah pengayaan Creative O Preschoolers’ Bay  di 31 International Business Park sebagai penolong tukang masak, kini dirawat dalam bilik pengasingan di Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID).


Kes ini berkait dengan Kes 94 - iaitu seorang wanita rakyat Singapura berusia 64 tahun yang tiada sejarah perjalanan ke negara terjejas dan disahkan positif pada 26 Februari. 



Berikutan kes jangkitan kakitangan, sekolah Creative  O Preschoolers’ Bay dalam satu kenyataannya berkata ia akan ditutup pada Khamis dan Jumaat.     




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >