Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: Dua warga S'pura dari kapal persiaran Westerdam dikuarantin

Feb 18, 2020 | 10:35 AM



DUA warga Singapura yang telah menaiki kapal persiaran MS Westerdam telah dikuarantin di sini, dan penumpang lain tidak dibenarkan masuk ke negara ini, lapor The Straits Times.



Kapal itu telah dibenarkan untuk berlabuh di pelabuhan Sihanoukville di Kemboja setelah ditolak banyak negara lain.



"Dua penumpang sedang dikuarantin di kemudahan kuarantin pemerintah.



"Kami tidak akan membenarkan mana-mana penumpang lain dari Westerdam untuk memasuki Singapura atau transit melalui Singapura," kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong pada Isnin (17 Februari).



Para pakar kini risau penumpang kapal persiaran itu mungkin boleh menjadi sumber wabak sejagat setelah Malaysia berkata seorang warga Amerika Syarikat dari kapal tersebut yang tiba di Kuala Lumpur disahkan menghidap koronavirus Covid-19.



Kapal persiaran itu, yang mempunyai 1,455 penumpang dan 802 anak kapal, telah berada di lautan terbuka selama dua minggu setelah beberapa negara menolak permohonannya untuk berlabuh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >