Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Koronavirus: Geran $30 juta baru, percepat pengeluaran makanan tempatan

Apr 08, 2020 | 08:34 PM

SATU geran bernilai $30 juta telah dilancarkan untuk membantu ladang tempatan meningkatkan pengeluaran telur, sayur dan ikan dalam tempoh enam hingga 24 bulan akan datang.

Geran 30x30 Express akan membantu mempercepatkan pengeluaran makanan tempatan dalam masa yang sesingkat mungkin, kata Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) dalam satu kenyataan bersama pada Rabu (8 April).

Matlamat menghasilkan 30 peratus daripada keperluan pemakanan dalam negeri menjelang 2030 itu adalah sebahagian daripada strategi Singapura ke arah mencapai keselamatan makanan jangka panjang.

Pada masa ini, Singapura menghasilkan kurang 10 peratus makanan yang diperlukan.

Permohonan bagi geran itu, yang akan dibuka pada pertengahan bulan ini, akan menyeru pengusaha makanan pertanian tempatan yang mengeluarkan tiga jenis makanan itu untuk mengemukakan cadangan mereka untuk mengeluarkan lebih banyak dan lebih cepat.

Geran itu akan membiayai kos pendahuluan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dalam tempoh enam hingga 24 bulan akan datang, termasuk pembiayaan bersama sistem teknologi yang akan meningkatkan produktiviti di ladang-ladang.

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3