Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: Guna pelitup bukan paling penting untuk cegah jangkitan, kata pegawai MOH

Feb 13, 2020 | 10:30 AM



MENGGUNAKAN pelitup bukan perkara paling penting untuk dilakukan demi mencegah jangkitan virus COVID-19, kata pengarah khidmat perubatan di Kementerian Kesihatan (MOH), Profesor Madya Kenneth Mak.



Beliau memberi respons kepada pandangan yang dikongsi empat doktor bahawa semua orang patut menggunakan pelitup apabila keluar dari rumah, mencuci tangan dengan kerap dan elak dari berkumpul dengan orang lain.



Pandangan itu dikongsi ramai di media sosial, dan bertentangan dengan nasihat pemerintah bahawa hanya mereka yang sakit patut menggunakan pelitup.



The Straits Times melaporkan bahawa meskipun beberapa nasihat dalam pandangan itu baik, misalnya mencuci tangan dengan kerap, orang ramai harus ingat bahawa virus itu merebak melalui titisan, dan bukan melalui udara, kata Prof Mak.



"Hati-hati apa yang anda selalu pegang. Benda yang paling kerap dipegang ialah telefon bimbit, jadi menggunakan pelitup bukanlah perkara paling penting," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >