Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: Jangan paksa kakitangan ambil cuti bagi notis duduk di rumah atau LOA, pesan MOM kepada majikan

Feb 21, 2020 | 08:51 PM



MAJIKAN yang memaksa kakitangan mereka mengambil cuti bagi cuti tanpa hadir (LOA) atau notis duduk di rumah (SHN) 14 hari boleh digantung keistimewaan pas kerja mereka, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Jumaat (21 Februari).


Mereka boleh menghadapi denda serupa jika mereka menyuruh pekerja yang tidak ke China - dan tidak perlu menjalani LOA atau SHN - untuk mengambil cuti tanpa gaji, tambahnya.


Menjawab pertanyaan The Straits Times, jurucakap MOM berkata kementerian itu mengharapkan majikan bertindak dengan wajar dan mengamalkan amalan pekerjaan yang adil.


"Pekerja yang menghadapi kes sedemikian harus melaporkan perkara tersebut kepada MOM bagi tindakan lanjut," katanya.


Notis duduk di rumah baru, yang berkuatkuasa pada 11.59 malam pada Selasa (18 Februari), dikeluarkan kepada semua penduduk Singapura dan pemegang pas jangka panjang dengan sejarah perjalanan ke China dalam tempoh 14 hari lalu.


Ini tidak termasuk pengunjung dari Hubei kerana mereka dikuarantin.


Mereka yang diberikan notis itu tidak boleh keluar rumah sepanjang tempoh 14 hari.


Langkah baru itu lebih ketat berbanding LOA, yang membenarkan individu keluar rumah sekejap untuk membeli keperluan.


LOA tidak lagi dikeluarkan tetapi mereka yang sedang menjalani LOA perlu terus mematuhinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >