Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Koronavirus: Jururawat 20 tahun pekerja jagaan kesihatan Singapore Expo ketiga dijangkiti

May 06, 2020 | 09:50 AM

SEORANG jururawat berusia 20 tahun yang bertugas di kemudahan jagaan masyarakat di Singapore Expo tergolong antara 632 kes baru jangkitan koronavirus yang diumumkan semalam (5 Mei).

Ini menjadikan lelaki itu pekerja jagaan kesihatan ketiga dari kemudahan Singapore Expo yang disahkan dijangkiti Covid-19 sejak Sabtu lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), lelaki itu sebelum ini tiada sejarah perjalanan ke negara atau wilayah yang terjejas dek Covid-19 dan kini dirawat di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).

Kelmarin, seorang sukarelawan jagaan kesihatan di kemudahan masyarakat itu disahkan dijangkiti virus itu.

Wanita warga Singapura berusia 52 tahun itu dirawat di NCID.

Sabtu lalu, seorang jururawat warga Singapura, 34 tahun, dari Lembaga Penggalak Kesihatan, yang bekerja di kemudahan sama, dijangkiti virus.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3