Koronavirus: Kelompok baru di firma Wizlearn Technologies di 10 Science Park Road, dua kes baru dikesan
SATU kelompok koronavirus baru, yang kelima di sini, telah dikesan di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (28 Februari), sedang ia mengumumkan dua kes baru yang disahkan.
Kedua-dua kes itu dikaitkan dengan Wizlearn Technologies, sebuah syarikat huraian pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) yang terletak di 10 Science Park Road.
Dua kes terdahulu, 93 dan 95, juga dikaitkan dengan firma sama.
Keempat-empat mereka adalah rakan kerja.
Secara kerseluruhan terdapat 98 kes yang disahkan. Sehingga tengah hari Jumaat, tiga lagi pesakit telah dibenarkan pulang.
Secara keseluruhan, 69 pesakit telah sembuh, kata MOH.