Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: Khidmat GrabCare dilancar bagi hantar pegawai kesihatan

Feb 12, 2020 | 08:44 PM



SYARIKAT Grab telah melancarkan khidmat baru yang diberi nama GrabCare, khas bagi pegawai kesihatan yang perlu ulang alik ke hospital.



Sebagai sebahagian percubaan bertahap, khidmat itu akan beroperasi Jumaat ini bagi pegawai kesihatan dari Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dan Hospital Tan Tock Seng (TTSH), kata Grab dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini (Rabu, 12 Feb).



Khidmat tersebut kemudian akan diluaskan pula kepada perjalanan dari rumah ke hospital dan melibatkan lebih banyak hospital.



Pegawai kesihatan yang mendaftar bagi khidmat GrabCare boleh menempah pemandu melalui ikon GrabCare di dalam aplikasi Grab.



"Kerja keras dan dedikasi pekerja penjagaan kesihatan yang merawat dan menjaga pesakit telah memberi inspirasi kepada kami dan ramai pemandu mahu melakukan lebih.



"GrabCare ialah sumbangan kecil kami untuk menyatukan masyarakat untuk menyokong warga Singapura lain di masa genting," ujar Ketua Negera, Grab Singapore, Encik Yee Wee Tang.  



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >