Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: Lapan lagi kes jangkitan baru disahkan

Feb 13, 2020 | 07:50 PM



TERDAPAT lapan kes jangkitan koronavirus baru yang disahkan di sini sehingga 13 Februari, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya.



Kementerian itu berkata kesemua kes itu mempunyai kaitan dengan kes-kes sebelum ini.



Ini menjadikan jumlah kes jangkitan keseluruhan di Singapura kepada 58.



MOH berkata siasatan epidemiologi lanjut dan usaha mengesan orang yang berhubungan dekat dengan kes jangkitan sebelum ini telah menunjukkan bahawa terdapat kaitan antara kes yang diumumkan sebelum ini dengan kes baru.



Sehingga hari ini, sebanyak 15 kes sudah pulih daripada jangkitan dan keluar hospital.



Kebanyakan pesakit daripada baki 43 kes disahkan yang masih dalam hospital berada dalam keadaan stabil atau beransur pulih.



Namun, tujuh dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >