Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: Majikan perlu lapor pekerja dengan sejarah perjalanan ke China kepada MOM sebelum mereka boleh masuk S'pura

Feb 07, 2020 | 08:06 PM



SEMUA pemegang pas pekerjaan yang mempunyai sejarah perjalanan ke China dalam tempoh 14 hari lalu dan merancang memasuki atau kembali ke Singapura selepas 8 Februari pada 11.59 malam perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sebelum mereka memulakan perjalanan.



Ini tidak kira kerakyatan pemegang pas pekerjaan, kata MOM dalam satu kenyataan.



Keperluan tu dikenakan ke atas pemegang pas pekerjaan yang kini berada di luar Singapura dan pemegang Kelulusan dalam Prinsip (IPA) yang belum masuk Singapura.



Setibanya di Singapura, MOM berkata semua pemegang pas pekerjaan dengan sejarah perjalanan ke China dalam tempoh 14 hari lalu akan dikenakan cuti tanpa hadir mandatori selama 14 hari.



“Majikan harus memaklumkan kakitangan mereka agar tidak membuat rancangan perjalanan ke Singapura sehingga majikan mereka telah mendapatkan dan menerima kebenaran MOM,” kata kementerian itu.



Dalam mendapatkan kebenaran bagi kemasukan atau kepulangan kakitangan itu, MOM berkata majikan perlu mengisytiharkan kepada kementerian itu bahawa mereka telah mengaturkan premis yang sesuai bagi penginapan kakitangan yang kembali itu bagi tempoh cuti tanpa hadir mereka.



“Majikan akan perlu menghantar surat kebenaran MOM kepada kakitangan, yang kemudian akan perlu menunjukkannya kepada kakitangan penerbangan semasa check-in dan di pusat pemeriksaan ICA setibanya di Singapura untuk masuk Singapura,” kata MOM.



Kementerian itu menambah bahawa mereka tidak akan teragak-agak mengambil langkah penguatkuasaa terhadap majikan yang salah atau kakitangan yang tidak mematuhi keperluan yang ditentukan.



Ini termasuk pembatalan pas pekerjaan dan penarikan balik keistimewaan pas pekerjaan.



Kebenaran hanya boleh didapatkan tiga hari sebelum tarikh ketibaan yang dirancang bagi pemegang pas pekerjaan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >