Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: MOH sahkan 12 kes jangkitan baru, 3 pesakit pulih

Mar 11, 2020 | 09:40 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) pada Rabu (11 Mac) telah mengesahkan 12 kes Covid-19 baru, menyebabkan jumlah keseluruhan di Singapura naik kepada 178 sedang 3 pesakit telah pulih dan dibenar pulang dari hospital.



Antara 12 kes baru itu, dua kes merupakan kes diimport, melibatkan dua warga Filipina bersaudara yang telah pergi ke negara asal mereka baru-baru ini.



Tujuh lagi kes juga merupakan kes diimport, termasuk empat yang melibatkan pegawai Pasukan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) yang telah ke Perancis untuk tugas resmi.



Satu lagi kes mempunyai hubungan dengan kelompok jangkitan acara makan malam di SAFRA Jurong baru-baru ini.



Lagi dua kes jangkitan didapati tidak mempunyai hubungan dengan kes jangkitan lain, di mana satu melibatkan seorang lelaki Singapura, 47 tahun yang tidak mempunyai sejarah perjalanan baru-baru ini dan seorang wanita Filipina, 42 tahun, merupakan pemegang pas kerja yang telah ke tanah air beliau dari 27 Februari hingga 2 Mac.



Sementara itu, tiga pesakit telah pulih, meningkatkan jumlah pesakit yang telah diizinkan pulang dari hospital kepada 96.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >