Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: MOH sahkan kaitan antara jangkitan di 2 kelompok gereja dengan pengunjung dari Wuhan

Feb 25, 2020 | 07:53 PM



KELOMPOK jangkitan Covid-19 di gereja Grace Assembly of God telah disahkan berkait dengan kelompok di gereja The Life Church and Missions Singapore, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (25 Februari).



Dua pengunjung dari Wuhan telah mengunjungi gereja The Life Church and Missions Singapore dan berkemungkinan besar adalah sumber jangkitan koronavirus itu.



Siasatan lanjut mendapati Kes 66 adalah kes utama dalam kelompok Grace Assembly of God, dan jangkitan kepada anggota gereja lain pertama kali berlaku semasa mesyuarat kakitangan di cawangan gereja itu di Tanglin pada 29 Januari.



Sejumlah 16 kes kemudian dilaporkan daripada kelompok itu.



Sebelum itu, Kes 66, seorang lelaki warga Singapura berusia 28 tahun, telah menghadiri perjumpaan Tahun Baru Cina di Mei Hwan Drive pada 25 Januari, yang turut dihadiri Kes 83 dan 91.



Kes 83 dan 91 adalah pasangan suami isteri dan tidak sakit semasa siasatan dijalankan. 



Tetapi rekod MOH menunjukkan Kes 83 dan 91 tidak sihat pada hujung Januari.



MOH mengarahkan agar Kes 83 dan 91 menjalani ujian di Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID) yang termasuk pengunaan ujian serologi yang dibangunkan oleh pengkaji dari Sekolah Perubatan Duke-NUS.



Keputusan ujian mengesahkan yang mereka terdahulu telah dijangkiti Covid-19.



Kes 83 dan 91 berada di gereja The Life Church and Missions Singapore pada hari yang sama dengan Kes 8 dan 9 - warga China dari Wuhan yang mengunjungi gereja itu pada 19 Januari.



Ini bermakna Kes 83 dan 91 mungkin dijangkiti koronavirus itu dari Kes 8 dan 9, dan menjangkiti Kes 66 di perjumpaan Tahun Baru Cina pada 25 Januari.



Kes 66 kemudian menjangkiti rakan-rakan kerjanya di gereja Grace Assembly of God. 



Menerusi laman Facebook beliau, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata kejayaan menentukan hubungan antara kelompok dengan pengunjung dari Wuhan itu tidak mungkin berhasil tanpa kerjasama rapat antara MOH, Pasukan Polis Singapura dan penyelidik daripada Sekolah Perubatan Duke-NUS yang membagunkan ujian serologi - yang pertama di dunia - di Singapura.



"Sekarang, perkara terbaik yang dapat kita lakukan ialah dengan mengamalkan kebersihan diri yang baik dan bersikap bertanggungjawab dari segi sosial. Jangan pergi ke acara perhimpunan jika sakit.



"Bersama, kami berupaya mengatasi koronavirus ini," ujar Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >