Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: MOM keluarkan arahan berhenti kerja dengan segera kepada lebih 30 syarikat

Mar 27, 2020 | 07:59 PM



LEBIH 30 syarikat telah diberikan arahan untuk berhenti kerja dengan segera selepas Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mendapati mereka tidak melaksanakan langkah jarak selamat.





Sejak minggu lalu, kementerian itu telah mengeluarkan 34 arahan berhenti kerja dan 36 arahan pembetulan menyusuli operasi empat hari di mana pegawai melaksanakan pemeriksaan ke atas lebih 100 syarikat.





Kementerian itu pada Jumaat (27 Mac) berkata syarikat itu perlu membuat “pembetulan dengan serta-merta” dan menggesa perniagaan lain agar mengikuti makluman terkini.





Di bawah arahan pemerintah, majikan harus menunda atau membatalkan semua acara di tempat kerja.





Mereka juga harus meletakkan pekerja di bawah aturan bekerja dari rumah di mana boleh, dan mengambil langkah berjaga-jaga seperti memastikan kakitangan diatur bekerja dalam masa yang berbeza dan duduk berjauhan antara satu sama lain jika mereka perlu ke pejabat.





Inspektor divisyen keselamatan dan kesihatan pekerjaan MOM, Encik Raymond Koh, berkata adalah penting untuk mendidik majikan tentang amalan terbaik.





“Di mana kita boleh, kita mengongsi amalan baik yang dilakukan syarikat lain untuk menyokong majikan dalam melindungi pekerja mereka dan orang tersayang, dan orang awam.





“Selain penguatkuasaan, adalah penting untuk membantu majikan memahami jurang yang harus diperbetulkan untuk mengehadkan penularan Covid-19 di premis pekerjaan,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >