Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus Novel: Peserta pameran batalkan penglibatan dalam Singapore Airshow

Feb 03, 2020 | 01:05 PM



SYDNEY: Beberapa syarikat aeroangkasa termasuk pembekal jet perniagaan Textron dan jabatan Gulfstream General Dynamics Corp berkata mereka tidak akan terlibat dalam Singapore Airshow tahun ini berikutan epidemik koronavirus novel 2019-nCoV.



Bahagian perdagangan pertunjukan udara terbesar Asia itu, yang diadakan sekali setiap dua tahun, dijangka bermula pada 11 Februari.



Jumlah kematian dek wabak tersebut meningkat ke 361 di China, menjadikan jumlah kes yang disahkan di sana sebanyak 17,205.



Penganjur acara, Experia Events, berkata Singapore Airshow akan berlangsung seperti yang dirancangkan tetapi langkah berjaga-jaga yang dikeluarkan pemerintah "sudah pasti bermakna pengurangan jumlah peserta dan pelawat yang dijangkakan tahun ini".



Pihak penganjur juga berkata terdapat doktor dan paramedik yang bersedia merawat pengunjung yang rasa kurang sihat.



Tahun lalu, teradapat seramai 54,000 pengunjung perdagangan daripada 147 negara dan 1,062 syarikat yang mengambil bahagian. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >