Subuh
5:58
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:40
Maghrib
7:22
Isyak
8:33

Koronavirus: Pasar raya Habitat kendalian Honestbee terus ditutup sehingga 29 Feb

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Koronavirus: Pasar raya Habitat kendalian Honestbee terus ditutup sehingga 29 Feb

Feb 21, 2020 | 02:15 PM

PASAR raya kendalian syarikat penghantaran makanan dan barang runcit Honestbee, Habitat, akan terus ditutup sehingga Sabtu depan (29 Februari) di tengah-tengah wabak koronavirus ini.

Honestbee sebelum ini mengumumkan mereka akan menggantungkan operasi pasar raya di Pasir Panjang dari 10 hingga 23 Februari, lapor The Straits Times.

Pada Jumaat (21 Feb), mereka berkata pasar raya itu akan terus ditutup buat seminggu lagi disebabkan “kelembapan dalam sektor runcit dan F&B”.

“Syarikat ini akan terus memantau perkembangan dengan dekat dan memohon agar pelanggan dan pembekal dapat memahami keadaan ini,” kata syarikat itu.

Sebelum ini, Honestbee berkata pihaknya akan meneruskan operasi penghantaran barang runcit yang dipesan dalam talian semasa mengumumkan penutupan pasar rayanya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3