Subuh
5:28
Syuruk
6:51
Zuhur
12:53
Asar
4:16
Maghrib
6:54
Isyak
8:07
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Setempat0

Koronavirus: Pemandu teksi, kereta sewa swasta boleh hantar makanan, barang keperluan

Mar 29, 2020 | 05:08 PM

 

PEMANDU teksi dan kereta sewa swasta kini boleh bantu membuat penghantaran barangan keperluan rumah dan makanan, kata Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan pada Ahad (29 Mac).

Langkah ini akan membantu menangani kekurangan slot penghantaran sedang pemerintah menggesa orang ramai supaya memesan makanan dan barangan keperluan rumah secara dalam talian.

Dalam satu pos yang dimuat naik di Facebook, Encik Khaw berkata:

“Dengan langkah jarak selamat yang diperketatkan, bekerja dari rumah dan berhubung secara dalam talian, permintaan bagi penghantaran ke rumah, sama ada untuk pesanan makanan atau keperluan rumah, telah meningkat.

“Secara tiba-tiba, ia semakin sukar untuk mendapatkan slot penghantaran di semua platform kedai runcit dalam talian.

“Kami juga memerhatikan kadar memenuhi pesanan telah merosot bagi penghantaran makanan dalam talian. Permintaan bagi penghantaran ke rumah akan hanya meningkat pada minggu-minggu akan datang apabila kami menggesa lebih ramai orang agar bekerja dari rumah.”

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian